"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik
walaupun hanya sekadar senyuman."
"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang
belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan
hidup ini"
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan"
"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu
terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang"
"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan
harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"
"Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan
ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila
masa ia akan pecah"
"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak"
"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak
ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
"Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras
dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera"
"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam
di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat"
"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan
perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan."
"Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua
untuk bertaubat"
"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan
hatimu serendah mutiara di lautan"
"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata
terbuka belum bererti ia melihat"
"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh."
"Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu
dan hanya layak dibuat kayu api."
"Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah
daripada melaksanakan sepotong pesanan."
"Kegembiraan ibarat semburan pewangi, apabila kita memakainya
semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda."
"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita.
Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."
"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk
membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu
pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala
ketenangan jiwa."
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan
kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas
kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah
mulia dan terpuji."
"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan
perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi
kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
"Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah
menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut
kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan."
"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa
yang ditinggalkan".
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat
dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg
telah dicari"
"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya
sendiri"
"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan
orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya
kita akan terkejut dengan hasilnya."
"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi
kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."
"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada
apa yang kita berikan padanya."
"Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan kamu akan menjadi
terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan kamu akan mencapai yang
tertinggi."
"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke
pada Ilahi."
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma."
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang
dari semangat yang tidak pernah mengalah."
"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika
tidak melakukan perkara yang betul."
"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa
melakukan yang terbaik."
Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis,
agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya
kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita
tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari,
tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti
BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali
kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu
TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...
Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa
landasan yang tepat.
- Charles Cahier
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier
Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal
dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen
Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina
Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli
Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang
lain.
- I. Salanter Lipkin
Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka
yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah
sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang
dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang
penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad
Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang
susah.
- Philip Massinger
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze
Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze
Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya
dengan mudah.
- Lao Tze
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak
kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang
nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari
jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia
berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak
membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius